Tahun ni Buka Sekolah, Puasa dan Raya semua dekat-dekat.
Para asnaf pastinya yang paling terkesan. Ayuh kita ringankan beban mereka.
Fasa persekolahan adalah waktu TERPENTING dalam kehidupan anak-anak.
Di situlah bermulanya mereka mengenal ABC, 123, dan Alif Ba Ta…
Semua ibu bapa pastinya ingin menyediakan kehidupan yang terbaik buat anak-anak mereka, terutamanya dalam bidang ilmu dan pembelajaran.
Dengan kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan yang semakin meningkat, serta pelbagai beban lain, ibu bapa B40 kebawah khususnya mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor merasa bebanan yang terlalu tinggi untuk ditanggung.
Justeru itu, Pertubuhan Ummah Prihatin Selangor akan menganjurkan Program Kembali ke Sekolah (Back to School) bertujuan meringankan beban keluarga- keluarga asnaf, kanak-kanak dan golongan OKU.
Butiran Program:
Tarikh: Akan ditetapkan kemudian setelah dana berjaya dikumpul
Penerima: 400 orang anak-anak dari keluarga fakir miskin
Penganjur: Pertubuhan Ummah Prihatin Selangor
Lokasi dan jumlah sumbangan :
1. Surau Al Ikhwan – Apartment Desa Aman Puri – 50 orang 2. Surau Al Islah – Flat Sri Sarawak, Loke Yew – 50 orang 3. Pandan Mas, Kampung Pandan – 50 orang 4. Kg Setia Jaya, Wangsa Maju – 50 orang 5. Masjid Al Husna, Bandar Sunway – 50 orang 6. Tahfiz Darul Muarrif, Sungai Buloh – 50 orang 7. Sabak Bernam – 50 orang 8. Klang - 50 orang
Sedikit bantuan dari kita, besar maknanya buat mereka!
“Tanpa ilmu, alam akan terbengkalai dan tidak mampu dibangunkan manusia.
Ayuh, sama-sama kita ukir senyuman di wajah anak-anak ini ketika memulakan sesi persekolahan yang baru. Pastinya dengan kelengkapan yang cukup akan membuatkan hari-hari persekolahan mereka lebih ceria dan bermakna.
“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi…”
(Surah Al-Hadid, ayat 21)
Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan
“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”