Bantu kami penuhi cuti sekolah anak-anak remaja dengan perkara berfaedah

Remaja adalah golongan yang sangat berharga kepada ummah. Remaja perlu dididik, didakwah, diasuh dan ditarbiyah dengan acuan Islam sebenar agar mereka menghayati dan mengamalkan Islam secara menyeluruh.
Penganjuran bengkel ini akan memberi garis panduan dan pengetahuan kepada remaja melalui objektif:
  • Mengajar dan mendidik remaja berkenaan kepentingan solat serta asas fardhu ain dalam
    mendirikan solat.
  • Mendidik remaja dalam aspek adab dan akhlak terutama terhadap ibu bapa, guru, adik
    beradik serta orang yang lebih dewasa.
  • Mencungkil bakat kepimpinan dan potensi diri serta kebolehan dalam pelbagai bidang
    dalam diri remaja.
Kitalah yang bertanggungjawab membentuk mereka agar mereka membesar menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kenali Ummah Prihatin

UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid,surau,persatuan penduduk dan lain-lain.

Butiran program Kem Remaja Bestari

  • Tempat : Surau Al Hijrah, Apartment Desa Aman Puri
  • Tarikh : 23-24 Disember 2023 (SABTU-AHAD)
  • Masa : 8.00 pagi (23 Disember 2023) – 4.30 petang (24 Disember 2023)
  • Anjuran : Surau Al Ikhwan, Apartment Desa Aman Puri dengan kerjasama Pertubuhan Ummah
    Prihatin Selangor
  • Sasaran : Remaja kawasan sekitar berumur 10-17 tahun. Terbuka kepada peserta lelaki &
    perempuan (sasaran penyertaan : 80 orang maksimum)
Dana RM8000 diperlukan bagi menjayakan program ini.
Semoga dengan sumbangan ini, program Kem Bestari dapat dijalankan dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada peserta -peserta.

Baca doa ini ketika anda menyumbang:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya kutipan untuk program kali ini sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan digunakan untuk program seterusnya.
  • Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.