MULAKAN HARI DENGAN SEDEKAH

Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.

Untuk Pengetahuan Tuan/Puan

Orang Kerdil dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya

Ini kerana ketinggian mereka mengurangkan keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan seperti orang normal.

 

Meskipun memiliki postur tubuh yang berbeza, seringkali berhadapan dengan dugaan yang mungkin asing bagi kebanyakan dari kita. 

Sebahagian mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak memenuhi krateria

Ada juga yang dipandang sinis dan mendapat sindiran dari masyarakat sekeliling sehingga menggangu emosi

Mereka juga perlu mengharungi cabaran fizikal dalam rutin harian

Merupakan golongan yang sering dipandang sepi dan jarang diberi perhatian masyarakat dari segi bantuan

PERKIM berusaha membantu agar nasib mereka terbela

Pelbagai program bersama Pertubuhan Orang Kerdil dijalankan dan sumbangan buat orang kerdil ini juga diadakan secara berkala

Pejabat Pertubuhan Orang Kerdil juga memerlukan dana bagi memenuhi beberapa keperluan agar pelbagai program dapat dijalankan disini.

TUAN/PUAN yang dermawan, untuk meneruskan program ini kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama berkongsi rezeki bagi pembelian mesin pencetak baju serta kos operasi pejabat Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia.
RM

Mesin pencetak baju ini merupakan satu usaha untuk menambah pendapatan  mereka.

Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia sentiasa berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat kerdil untuk membentuk jati diri serta meningkatkan taraf hidup mereka.

Jom Kenali UMMAH PRIHATIN

UMMAH PRIHATIN

UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid,surau,persatuan penduduk dan lain-lain.

Bayangkan, dengan hanya menyumbang untuk mesin pencetak baju, kita sebenarnya telah membantu memastikan keluarga mereka tidak kekurangan. 

Dari satu sumbangan kecil itu, mereka dapat menyara keluarga, memastikan perut tidak kosong, dan menjaga kesihatan mereka. Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, membawa impak yang besar dalam kehidupan mereka

 Malah, menjadi saham anda di akhirat kelak dan pahala sedekah jariah itu terus menerus mengalir kepada anda walaupun setelah meninggal dunia.

  • Bacalah doa ini saat anda berkongsi rezeki sekejap lagi:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkanlah urusan dan kehidupan keluarga mereka, serta berikanlah mereka kekuatan dan rezeki yang berkat.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.