Pendapatan bulanan & bantuan zakat diperoleh tidak mencukupi untuk menampung komitmen bulanan kos rawatan ibunya serta keperluan harian mereka sekeluarga.
Ibunya menghadapi masalah buah pinggang yang kronik dan kos rawatan mencecah RM 300 untuk 10 hari. Ayahnya juga sudah uzur dan kadang kala diserang penyakit nyanyuk.
PERKIM telah menyalurkan sumbangan wang ringgit dn hamper untuk meringankan beban Pn Sarah dan ahli keluarga beliau. Beliau lah satu-satunya tunjang kepada keluarganya kerana hanya beliau seorang diri yang bekerja bagi mencari sumber rezeki.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. Mulai Mei 2021, PERKIM Datuk Keramat membantu beberapa orang Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik serta mualaf. Jumlahnya setiap bulan semakin meningkat.
Mengislamkan orang bukan islam.
Menyalurkan bantuan keperluan harian.
Membantu orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, mualaf, pesakit kronik dan golongan yang memerlukan.
Encik Azizan Osman adalah antara yang kami bantu secara bulanan. Beliau hidup bersama 4 orang anaknya serta isterinya yang sehingga kini masih dalam kemurungan. Encik Azizan sendiri menderita penyakit misteri di belakang kepalanya dan ditubuhnya.
Encik Sabri dikurniakan 3 cahaya mata namun 2 orang daripada mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU). Encik Sabri juga bertanggungjawab menguruskan kerja rumah kerana isterinya Dara A/P Chemolin juga menghidap penyakit buah pinggang dan tidak mampu melakukan kerja berat.
BANTU MEREKA
” Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. “
{Surah al-Baqarah: 274}
Untuk Menyumbang Tuan / Puan Boleh Memilih Pakej Sumbangan di Bawah