Ummah Prihatin

Penting untuk kita tahu betapa besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi hari.

Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?

  • Perlu menyiapkan tugasan dan ‘deadline’ sudah hampir
  • Perlu menghadiri temuduga bekerja
  • Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga
  • Memerlukan ketenangan hati

Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.

Kenali Ummah Prihatin

UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid,surau,persatuan penduduk dan lain-lain.

Antara Golongan Ummah Prihatin Bantu

Tahukah Tuan/Puan yang masyarakat kita sangat susah terutamanya dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

Kenaikan harga barang memberi impak yang sangat besar kepada semua pihak.

Yang lebih memilukan adalah golongan miskin, OKU, asnaf, ibu tunggal dan sebagainya.

Waktu yang Terbaik untuk Bersedekah adalah SEKARANG!

Selain dapat membantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi.

Baca doa ini ketika anda menyumbang:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku hari ini”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin