MULAKAN HARI DENGAN SEDEKAH

Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak ’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Siapa Ummah Prihatin?

UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid,surau,persatuan penduduk dan lain-lain.

Antara Golongan Ummah Prihatin Bantu

Berkongsi Rezeki Adalah Salah Satu Cara Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Lebih Luas !

 “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan, kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah”                                                                                (HR. Tirmidzi)

Insya Allah ! Wang yang anda kongsikan hari ini akan meringankan beban mereka.

 Malah, menjadi saham anda di akhirat kelak dan pahala sedekah jariah itu terus menerus mengalir kepada anda walaupun setelah meninggal dunia.

Bacalah doa ini saat anda berkongsi rezeki sekejap lagi:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkanlah urusan dan kehidupan keluarga mereka, serta berikanlah mereka kekuatan dan rezeki yang berkat.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.