Bersyukur Hari Ini Allah Jentik Hati Kita Masuk Ke Dalam Page Ini Untuk Sama-sama Membantu Ummah Di Luar Sana Yang Memerlukan
Kisah seorang warga emas yang seusia dengan ayah atau datuk kita, yang kini hidup bersendirian tanpa perhatian daripada 8 orang anaknya.
Pakcik Nik kini berusia 63 tahun dan berasal dari Kelantan. Dulu beliau pernah tinggal di tepi sungai Kuantan dan kini berpindah-randah di kawasan Kuala Lumpur.
Menitis air mata seorang ayah ketika menceritakan tentang kehidupannya. Walaupun ditinggalkan anak-anak namun beliau tetap berusaha meneruskan kehidupannya.
Tiada perkara yang lebih bermakna selain kita mendoakan agar anak-anaknya dibukakan pintu hati untuk menjaganya. Semoga suatu hari nanti anak-anak Pakcik Nik dibukakan hati mereka.
Kini, kami menempatkan Pakcik Nik sementara di Asrama Darul Fitrah, sebuah asrama yang menempatkan para mualaf asnaf di bawah kelolaan Ummah Prihatin.
Marilah kita sama-sama membantu kebajikan Pakcik Nik disini.
UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini.
Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid, surau, persatuan penduduk dan lain-lain.
Memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib segelintir masyarakat yang terpinggir, miskin dan lemah untuk dibantu.
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan bersedekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhirat nanti.
“Ya Allah, berikan keberkatan rezeki buat mereka yang membantu dan permudahkan urusan mereka seperti mana mereka mempermudahkan urusan kami”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
Misi Dakwah
ANTARA SUMBANGAN ANDA