Jom sedekah di hari jumaat yang mulia ini
Akibat masalah kewangan, En. Mohd Nor dan Pn. Fazirah terpaksa menangguh hasrat untuk menghantar anak istimewa mereka, Nor Aminah yang berusia 5 tahun ke tadika.
Nor Aminah menghidap bengkak saraf sejak lahir dan menyebabkan pergerakan hariannya terganggu .
Biarpun tak sempurna seperti kanak-kanak lain, mereka tetap ada hak untuk belajar. Sekurang-kurangnya demi meneruskan kelangsungan hidup mereka pada masa akan datang.
Bagaimana kehidupan anak-anak istimewa ini andai ibu bapa mereka telah pergi selama-lamanya suatu hari nanti?
Sudikah anda bersama kami meringankan beban keluarga kecil ini dengan menyekolahkan anak-anak istimewa mereka?
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan..
“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan, kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah”
(HR. Tirmidzi)
Ayuhlah kongsikan rezeki anda bersama En. Mohd Nor sekeluarga agar hasrat mereka untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak istimewa mereka tercapai.
Tanpa sokongan anda, misi ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.